Qualcomm Snapdragon 710 Dijenamakan Semula Dari Snapdragon 670

Siri cip kelas utama Snapdragon dari Qualcomm sering mendapat perhatian media seluruh dunia setiap tahun kerana siri ini menampilkan fungsi terhebat yang ditawarkan oleh Qualcomm.

Siri ini juga yang sering dibandingkan dengan cip-cip pengeluar lain seperti Ax dari Apple, X series dari MediaTek dan Exynos dari Samsung. Namun itu tidak bermaksud cip dari siri perdana yang membawa keuntungan utama kepada syarikat dari San Diego itu.

Ini kerana cip kelas pertengahan seperti Snapdragon 6XX yang mendapat tempat di hati pengeluar peranti yang mahu cip ini digunakan untuk telefon pintar mereka. Cip Snapdragon 670 diramal akan keluar pada tahun ini dengan spesifikasi yang sama dengan cip Snapdragon 845 tetapi dengan prestasi yang lebih rendah.

Namun berita dari XDA Developer membawakan berita yang sedikit berbeza. Mengikut mereka, cip Snapdragon 670 mungkin tidak akan diperkenalkan sebaliknya akan diperkenalkan sebagai Snapdragon 710.

Cip tersebut dikatakan akan digunakan untuk 2 peranti dari Xiaomi. Setakat ini hanya kod nama untuk peranti tersebut yang dapat diketahui iaitu 'Comet' dan 'Sirius'. Antara fungsi dan ciri yang ditawarkan oleh 2 peranti ini adalah:

Comet

  • sdm 710

  • OLED dengan Always on Display

  • Android 8.1 Oreo

  • Dual SIM

  • IR Blaster

  • 3, 100 mAh


Sirius

  • sdm 710

  • OLED with Display Notch, Always on Display

  • Android 8.1 Oreo

  • Dual SIM

  • IR Blaster

  • 3, 120 mAh

  • Portrait mode Camera


Sumber