Qualcomm Senaraikan Peranti Flagship Dengan Cip Snapdragon 865

Seperti yang sedia maklum, kebanyakan peranti flagship Android tahun ini akan dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 865. Antara peranti yang telah diumumkan dengan cip Snapdragon 865 termasuk siri Mi 10, siri Samsung Galaxy S20 dan Sony Xperia 1 Mark II.



Qualcomm dalam satu siaran media telah mengesahkan beberapa lagi telefon pintar yang akan menemui pasaran dengan cip tersebut. Syarikat itu telah menyenaraikan 16 telefon pintar yang telah diumumkan atau akan datang dengan cip Snapdragon 865.

Berikut adalah barisan lengkap peranti dengan Snapdragon 865 yang disediakan oleh Qualcomm:

  • Black Shark 3

  • FCNT arrows 5G

  • iQOO 3

  • Legion Gaming Phone

  • Nubia Red Magic 5G

  • OPPO Find X2

  • Realme X50 Pro

  • Redmi K30 Pro

  • ROG Phone 3

  • Samsung Galaxy S20, S20 Plus, and S20 Ultra

  • Sharp Aquos R5G

  • Sony Xperia 1 II

  • Vivo Apex 2020 Concept Phone

  • Xiaomi Mi 10 and Mi 10 Pro

  • Zenfone 7

  • ZTE Axon 10s Pro


Selain peranti yang disenaraikan, Qualcomm mendedahkan terdapat 70 peranti yang telah diumumkan atau masih dalam pembangunan yang dijana cip Snapdragon 865. Di samping itu, lebih 1,750 peranti yang telah diumumkan atau dalam pembangunan menggunakan cip Snapdragon siri-8.

Sumber: Android Authority via Qualcomm