Qualcomm Perkenal Snapdragon 636, Menjanjikan 40% Lebih Prestasi

Merupakan salah satu nama besar dalam pengeluaran cip pemprosesan, Qualcomm kini tampi lagi dengan sebuah cip dikenali sebagai Snapdragon 636.

Didatangkan sebagai naik taraf kepada Snapdragon 630, cip versi baru ini dilengkapi dengan pengecasan pantas Quick Charge 4 untuk sokongan paparan yang lebih lama pada resolusi HD penuh atau 2160 x 1080 piksel.



Dibangunkan dengan teknologi 14nm, CPU 8-teras Kyro 260 serta unit pemproses grafik Andreno 509. Selain daripada itu, Snapdragon 636 juga berupaya menyokong satu kamera 24MP atau 2 kamera 16MP dan kebolehan rakaman pada resolusi 1080p (120fps), dan 4k (30fps).

Qualcomm menjanjikan 40% kali lebih pantas melalui Snapdragon 636 ini dan untuk melengkapkan cip pemproses kelas pertengahan ini, ia juga mempunyai modem  X12 LTE dengan sokongan muat turun sehingga 600mbps.

Snapdragon 636 dijangka akan mula ditawarkan pada November hadapan.

Sumber: Qualcomm