Qualcomm Mungkin Perkenal Cip Pemproses Snapdragon 860

Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip pemproses Snapdragon 875 pada hujung tahun ini dimana ia akan digunakan untuk peranti flagship pada tahun 2021. Kini, timbul ura-ura yang menyatakan syarikat itu dalam perancangan untuk memperkenalkan cip baru yang kurang berkuasa berbanding Snapdragon 865.

Snapdragon 860

Berdasarkan kiriman di Weibo oleh Digital Chat Station, laporan dari perbincangan OPPO menyebut cip itu mungkin akan dikenali sebagai Snapdragon 860 dimana ia adalah versi "lite" Snapdragon 875.

Buat masa ini, tiada maklumat terperinci mengenai cip baru tersebut. Namun, dengan perbincangan yang diadakan bersama pengeluar, ia mungkin akan dieprkenal tidak lama lagi.

Terdahulu, cip Snapdragon 865+ adalah pemproses terkini yang telah dikeluarkan oleh Qualcomm. Antara telefon pintar yang menggunakannya adalah ASUS ROG Phone 3, Lenovo Legion Phone Duel, siri Samsung Galaxy Tab S7 dan sebagainya.

Sumber: GizmoChina