Qualcomm Memperkenalkan Cip Terbaru, Lebih Pilihan Kepada Pengguna PC

Qualcomm sebagai nama yang tidak asing lagi bagi dunia telefon pintar telah memperkenalkan cip terbaru mereka yang disasarkan untuk penggunaan PC. Cip yang diberi nama Snapdragon 850 itu telah mempunyai pelanggan pertama mereka, Samsung yang akan menggunakannya untuk komputer riba mereka.

Qualcomm memperkenalkan cip terbaru mereka di acara Computex di Taiwan dan segala butiran mengenai cip tersebut belum lagi diketahui. Apa yang pasti, cip yang berasaskan dari teknologi cip telefon pintar itu masih belum lagi menandingi prestasi yang dihasilkan oleh cip PC terkenal yang lain seperti Intel dan juga AMD.

Namun apa yang Qualcomm boleh bawa untuk pasaran cip Windows adalah penggunaan bateri peranti yang optimum beserta sambungan internet yang pantas dan stabil untuk peranti yang lebih besar.

Sebelum ini Qualcomm sudah pun menggunakan cip SD 835 untuk sesetengah komputer riba dan terdapat banyak pujian mengenai prestasi bateri yang dapat bertahan sehingga satu hari penggunaan.

Sumber