Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Pegawai Kewangan Qualcomm, George Davis, bahawa Apple akan beralih kepada cip dari pesaing dan berkemungkinan tidak akan memperbaharui kontrak.
Kini "peperangan" antara kedua-dua gergasi perkomputeran itu dilihat memasuki fasa serius dimana Intel dikatakan gagal menyediakan dokumen teknikal menerangkan bagaimana komponen gelombang radio itu digunakan pada iPhone 2018.
Lanjutan daripada itu, Qualcomm memfailkan Notis Usul sebagai langkah mendesak Intel menyerahkan dokumen yang telah dipersetujui itu.
Sebelum ini, terdapat dakwaan pelanggaran hak paten Qualcomm oleh Intel melalui cip modem yang dipasang pada iPhone 2018.
Dilaporkan Intel sudah menghantar dokumen teknikal berkenaan komponen gelombang radio, digunakan pada model iPhone 2016 dan 2017 tetapi enggan berbuat perkara sama bagi model 2018.
Qualcomm berkata ia mempunyai perjanjian dengan Intel untuk menggunakan dokumen yang diserahkan sebagai sebahagian daripada aduan ITC terhadap Apple dalam tuntutan patennya terhadap Apple.
Intel menawarkan beberapa dokumen tetapi tiada bahan yang berkaitan dengan produk mudah alih Apple 2018 - seperti iPad generasi keenam yang dikeluarkan pada bulan Mac lalu.
Sumber: The Register
Berkaitan
- Apple Ada Perancangan Untuk Buang Rekaan Takuk
- Apple Janji Pulihkan Masalah Bateri Cepat Habis Menerusi Kemaskini iOS 11.1
- Xiaomi Perkenal "Kembar" Apple Watch Pada Harga Lebih Murah
- Samsung Buat Untung Lebih Banyak Melalui iPhone X Berbanding Galaxy S8
- iPhone SE, 6s Dan 6s Plus Mungkin Akan Terima iOS 14
- iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max Kini Rasmi Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM3399
- Perbandingan Antara Iphone 7 Dengan Telefon Pintar Lain Di Pasaran.
- OPPO A71 (2018) - Naik Taraf Spesifikasi Berbanding Edisi Tahun Sebelum
- Apple Kurangkan Separuh Pengeluaran iPhone X Untuk Suku Pertama 2018
- iPhone 8 Plus Dilaporkan Terbuka Dengan Sendiri Di Bahagian Sisi Ketika Sedang Dicas