Qualcomm Didakwa Bakal Lancarkan Snapdragon 8150 Pada 4 Disember Ini

Sebut sahaja jenama cip pemprosesan peranti mudah alih yang ada, HiSilicon Kirin, Samsung Exynos, Apple-A mahupun MediaTek, semuanya sudah mengumumkan sistem cip terbaharu mereka.

Bagaimanapun, Qualcomm sehingga kini masih lagi membisu mengenai bilakah sistem cip terbaharu mereka, Snapdragon 8150 akan diperkenalkan secara rasmi.

https://twitter.com/UniverseIce/status/1065237966774132736

Akan tetapi, perkara itu dijangka berubah tidak lama lagi. Ini kerana, menurut satu kicauan pentiris terkenal, @UniverseIce di laman Twitter-nya, Qualcomm dijadual akan memperkenalkan sistem cip tersebut pada 4 Disember ini.

Sistem cip Snapdragon 8150 ini dilaporkan akan turut hadir dengan proses 7nm FinFET, sama seperti A12 Bionic dan Kirin 980. Selain itu, ia juga didakwa akan disokong oleh dua teras Kyro Gold Plus berkuasa tinggi dengan clockspeeds sehingga 3.0GHz.

Kapsyen: Bukan imej sebenar Galaxy S10 (Kredit: Google)


Tarikh ini dilihat bersesuaian memandang terdapat beberapa peranti kelas premium yang dikatakan akan menggunakan sistem cip ini tidak lama lagi.

Kebanyakan daripada peranti-peranti tersebut berkemungkinan besar akan dilancarkan semasa MWC 2019 pada bulan Februari nanti.

 

Sumber: Wccftech    Ice Universe