Quake Champions Sekarang Percuma Untuk Dimain

Semasa persembahan Bethesda di QuakeCon 2018, mereka telah mengumumkan yang Quake Champions kini mengguankan model Free to Play. Pemain tidak lagi perlu menunggu giliran pada hujung minggu untuk menyertai permainan ini.

Mod permainan terlibat untuk Quake Champions ini adalah Quickplay, Arcade dan Ranked. Peta permainan juga dibuka dengan percuma termasuk 2 champions (the Ranger dan Scalebearer). Bethesda juga menggunakan sistem putaran untuk satu Champion ekstra setiap minggu. Bagi mereka yang mahukan akses Champion penuh, mereka menawarkan akses penuh dengan bayaran RM 163.70 tetapi untuk tempoh QuakeCon ini, tawaran hanya RM 80.99 akan dikenakan sehingga 4 September.

https://youtu.be/OmQJmifneCU

Sumber