Pyongyang 2425, Telefon Pintar Untuk Pasaran Korea Utara

Umum mengetahui rakyat di Korea Utara terbatas dalam melakukan pelbagai urusan termasuklah seperti teknologi komunikasi.

Sekurang-kurang 40% penduduk negara itu menggunakan telefon pintar menurut penyelidikan dari Forum Komuniti ICT Asia Tenggara dan dikatakan, sebuah peranti dikenali sebagai Pyongyang 2425 telah diperkenalkan baru-baru ini.

Kapsyen: Imej | Sogwang


Walaupun disebut-sebut sebagai teknologi buatan tempatan, namun berdasarkan laporan Mirror, Pyongyang 2425 adalah peranti yang dihasilkan dari China.

Kapsyen: Imej | Pen News


Model ini dilengkapi dengan ciri seperti isian kuasa bateri 3050mAh secara tanpa wayar, pengimbas wajah untuk nyahkunci skrin serta boleh bersambungan internet tetapi terhad kepada WiFi yang dikendalikan oleh pihak kerajaan sahaja iaitu Mirae.

Kapsyen: WiFi Mirae. Imej | Sogwang


Spesifikasi mengenai masih kurang jelas namun melalui imej dibawah, ia hadir dengan sistem operasi Android 8. yang dijana melalui cip pemprosesan 8 teras.

Kapsyen: Imej | Sogwang


Aplikasi yang disediakan pula terdiri daripada kamus, pembelajaran bahasa Cina dan Inggeris serta aplikasi cuaca. Skrin paparan 6.2 inci dibahagian hadapan tampil dengan rekaan takuk dan difahamkan ia mungkin model Blu Vivo XI+ tetapi diwar-warkan sebagai hasil teknologi tempatan negara itu.

Sumber: Mirror dan NK News