Pusingan Akhir PMPL SEA Musim Kedua Bermula 23 Oktober Ini

Kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) SEA musim kedua kini tiba ke pusingan akhir yang akan bermula 23 Oktober hingga 25 Oktober ini.

Sebanyak 16 pasukan dari asia tenggara akan berentap dan merebut hadiah terkumpul sebanyak USD 150,000.



Pada masa yang sama, artis terkenal dari Indonesia iaitu Rich Brian akan menjadi hos bagi kejohanan ini.

Sementara buat pertama kalinya, Miss J sebagai emcee maya akan turut serta dalam kejohanan kali ini.



 

 

Selain itu, penonton juga berpeluang memenangi peranti ASUS ROG dengan hanya menonton perlawanan ini disamping membantu untuk mencapai jumlah tontonan sebanyak 200,000.

Kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di laman rasmi e-sukan Facebook PUBG Mobile dan sebanyak 15 perlawanan akan berlangsung selama 3 hari.

Selain merebut hadiah wang tunai, kesemua 16 pasukan ini juga akan berentap untuk slot mewakili rantau Asia Tenggara ke kejohanan di peringkat dunia dalam World League.