Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Apple Yang Pertama Di Indonesia Bakal Dibina Tidak Lama Lagi

Untuk membolehkan iPhone terus dipasarkan di Indonesia, pemimpin negara tersebut telah mewajibkan Apple membangunkan  sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan di salah satu wilayah mereka.

Kelmarin telah diberitakan bahawa syarikat tersebut telah bersetuju untuk membangunkan pusat penyelidikan dan pembangunan pertama di Indonesia dan lokasinya adalah di BSD City Tangerang, Banten.

Menurut Menteri Perindustrian Indonesia, Sanny Iskandar;

  • Apple hanya menyewa sebuah pejabat di Green Office Park untuk sementara waktu (Apple mungkin menunggu kawasan "Silicon Valley Indonesia" siap terlebih dahulu untuk membina bangunan R&D)

  • Mula beroperasi pada suku ke-2 tahun 2017 yang menempatkan 300-400 pekerja.

  • Pusat pusat penyelidikan dan pembangunan yang kedua mungkin di Pulau Jawa dan yang ke-3 mungkin di Sumatera.

  • Apple dilaporkan bakal membelanjakan 44 juta USD untuk pembanguna pusat penyelidikan dan pembangunan ini.


Sumber: Kompas