Pusat Khidmat Pelanggan MYTV Mengubah Waktu Operasi

Bermula dari hari ini hingga 31 Mac 2020.


MYTV, pembangun dan pengendali kemudahan infrastruktur dan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia memaklumkan berlaku perubahan waktu operasi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV bermula dari hari ini iaitu 24 Mac hingga 31 Mac 2020.

Ia berikutan pematuhan operasi syarikat itu terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan ketika ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

MYTV memaklumkan, waktu operasi bagi talian 1300-80-6988 adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Manakala bagi talian 1800-18-1088 pula, waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Namun begitu, kedua-dua talian itu masih tetap beroperasi setiap hari termasuklah cuti umum bagi memudahkan pengguna mendapatkan bantuan dari pihak MYTV.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang waktu operasi baru MYTV ini, layari laman rasmi MYTVbroadcasting.my.