Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Internet

Pusat Internet Komuniti Berpotensi Dijadikan Pusat Pungutan Dan Serahan Setempat

Diterbitkan Jun 6, 2021 oleh ariff bukhari

Susulan daripada pengumuman Pakej Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) sebagai usaha kerajaan bagi meningkat kualiti perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melihat Pusat Internet Komuniti (PIK) berpotensi untuk dijadikan sebagai titik serahan setempat untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar.

SKMM juga memaklumkan mereka kini dalam usaha mewujudkan sebuah platform tunggal untuk titik serahan setempat yang akan dianggotai oleh pelbagai pemain industri. Pelaksanaan pelan itu dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama melibatkan aspek pembangunan platform yakni pengumpulan semua titik serahan setempat oleh pelbagai syarikat di bawah satu bumbung.

Manakala Fasa Kedua pula menghubungkan platform tersebut dan diintegrasikan dengan e-pasaran.

Usaha-usaha ini sekaligus diharap akan menjadi daya mempertingkatkan pertumbuhan sektor e-dagang serta memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara.

Sumber: SKMM, Gambar: Freepik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY