Pusat Beli Belah Ini Sediakan "Bilik Rehat" Bagi Para Suami

Anda seorang suami?

Jika ya, apa yang anda lakukan ketika keluar membeli-belah bersama si isteri?

Teman beli-belah sekali?

Cari kerusi urut, masuk RM5 urut 10 minit?

Cari kerusi panjang duduk main telefon?

Kebanyakkan yang kita selalu lihat di pusat beli-belah, para suami lebih suka untuk duduk dan menghadap telefon pintar.

Ada yang memberi alasan tidak mempunyai stamina untuk berjalan mengelilingi kedai.

Lain pula kisah di pusat beli-belah yang terletak di Shanghai, China. Pemilik pusat beli-belah tersebut tampil dengan satu kaedah menarik bagi menangani masalah itu dengan meletakkan sebuah "bilik rehat" khas untuk para suami.



Bilik rehat yang diperbuat daripada kaca itu dilengkapi dengan

  • Kerusi yang sangat selesa

  • Skrin paparan

  • Set permainan video


Para suami boleh menghabiskan masa menunggu isteri dengan bermain permainan era 90 an seperti Tekken 3 dan juga Robocop.

https://www.youtube.com/watch?v=KAWz2bBlDms

Pelbagai reaksi diterima selepas kemudahan ini dipasang. Ada yang menganggap ia idea yang menarik tetapi perlu sedikit penambahbaikan dari segi sistem pengudaraan.

Bagi isteri pula, mereka takut mereka pula yang menjadi mangsa, terpaksa menunggu si suami menghabiskan permainan.

Buat masa sekarang tiada bayaran yang dikenakan kerana ia masih diperingkat ujian keberkesanan.

Sumber: The Paper