Punca Bateri Samsung Galaxy Note 7 Meletup Kini Didedahkan.







Baru-baru ini
kita di gemparkan dengan berita bateri model terbaharu dari Samsung meletup ketika
sedang di cas. Ia menyebabkan syarikat pengeluar gergasi itu terpaksa menarik
balik model mereka dari pasaran dunia.





Menurut Samsung,
bateri yang meletup itu adalah bateri SDI yang dihasilkan oleh syarikat mereka
sendiri. Dari tarikh pemasaran sehingga 1 September yang lepas, sebanyak 35 kes
telah dilaporkan di seluruh dunia. Difahamkan, Samsung akan menggantikan bateri
yang bermasalah itu dengan bateri ATL yang dikilangkan oleh syarikat dari
China. Syarikat berpengkalan di Korea Selatan itu turut menjelaskan akan
menghentikan pemasangan bateri SDI pada semua model Note 7.









Satu sumber
mendakwa 70% daripada 2.5 juta keluaran Note 7 dipasang dengan bateri SDI milik
Samsung itu. Selebihnya pula dipasang dengan bateri ATL keluaran China. Buat
masa sekarang, Samsung akan membeli bateri tambahan dari ATL untuk dipasang
pada model yang ditarik balik. Mereka juga akan mencari alternatif lain dengan
membeli bateri dari LG Chem.