Puma Menghasilkan Stoking Khusus Untuk E-Sukan

Mungkin dapat membantu pemain lebih fokus terhadap permainan.


Syarikat pengeluar barangan sukan terkenal, Puma telah menghasilkan stoking sukan yang khusus untuk dipakai oleh pemain e-sukan.

Active Gaming Footwear adalah aksesori pakaian pertama dari Puma yang direka khusus untuk e-sukan. Stoking yang direka menyerupai kasut itu boleh dipakai untuk permainan dalam arena yang memberikan sokongan dan keselesaan kepada pemain e-sukan.


Luarannya dijahit dengan jahitan 3D dan menggunakan material getah lembut yang memberikan keselesaan dan cekaman terbaik kepada kaki pemakai ketika beraksi.


Sekaligus membolehkan si pemakai memberikan prestasi terbaik dalam permainan mereka.

Active Gaming Footwear buat masa ini hanya ditawarkan untuk pasaran UK dan Australia sahaja yang masing-masing dijual pada harga £80.00 (sekitar RM430) dan AUD160.00.

https://www.youtube.com/watch?v=TFXoTc3dvco&feature=emb_logo