PUMA Bakal Hadir Dengan Jam Pintar Pertama Mereka Dalam Bulan November Nanti

Hasil kolaborasi antara PUMA dan Fossil Group.


Syarikat pengeluar barangan sukan PUMA dan firma fesyen terkenal, Fossil Group telah mengumumkan bahawa mereka akan tampil bersama menerusi model jam pintar PUMA.

Jam tangan pintar PUMA ini yang dijangka akan dilancarkan dalam bulan November tahun ini menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon Wear 3100, rekaan skrin AMOLED berbentuk bulat bersaiz  1.19 inci serta menggunakan bahan aluminium dan nylon sebagai kerangka utamanya.



Ia direka khusus  untuk aktiviti aktif yang membolehkan sipemakainya membawa bersama ia untuk aktiviti sukan air.

Selain itu ia turut dilengkapi dengan storan terbina dalam berkapasiti 4GB  dan 512MB RAM. Antara ciri utama yang disokong oleh peranti ini termasuklah sokongan pembayaran tanpa tunai Google Pay, penjejak kesihatan, integrasi bersama Google Assistant, imbasan nadi jantung dan banyak lagi.

Jam tangan pintar PUMA ini dikuasakan oleh Wear OS dari Google dan berharga USD275 (sekitar RM1153).