Pulau Pinang Akan Menjadi Negeri Tanpa Tunai Menjelang Mac 2020

Penggunaan dompet digital seperti Touch n Go dan sebagainya semakin galak digunakan oleh rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif kredit RM 30 ke dalam akaun e-dompet pada tahun ini.

Seiringan dengan itu, kerajaan Pulau Pinang berhasrat untuk menyesuaikan dan melaksanakan transaksi e-dompet di seluruh negeri dalam masa dua bulan. Insiatif itu adalah sejajar dengan program e-Tunai Rakyat kerajaan persekutuan yang dijadualkan bermula 15 Januari sehingga 14 Mac tahun ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang menyokong sepenuhnya usaha ini dan menggalakkan semua rakyat Pulau Pinang untuk menjadi masyarakat tanpa tunai. Pulau Pinang adalah negeri yang terpilih dalam menjalankan usaha ini kerana negeri tersebut maju dalam segi penggunaan teknologi.

Sejumlah pekedai di Pulau Pinang juga telah menerima bayaran dengan menggunakan e-dompet Touch n Go.

Sumber : Bernama