PUBG Umum Kejohanan Mobile Esport Terbesar Dunia

PUBG Mobile baru sahaja mengumumkan kemaskini terbaharu mereka yang akan dilancarkan pada 8 September nanti. Kemaskini baharu ini merupakan kemaskini yang terbesar sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu.



Pada masa yang sama, PUBG Mobile Global Championship (PMGC) Season Zero akan bermula hujung November tahun ini. Kejohanan ini akan melibatkan pasukan profesional dari seluruh dunia yang akan merebut hadiah terkumpul USD 2 juta dan gelaran juara dunia PUBG Mobile buat pertama kali.

Selain itu, Qualcomm Technologies merupakan penaja rasmi bagi kejohanan ini. PMGC juga adalah gabungan bagi PUBG Mobile World League (PMWL) dan World Championship dalam satu kejohanan mobile esports terbesar dunia.



PUBG Mobile telah berjaya dalam kejohanan esports di mana kejohanan tersebut melibatkan semua peringkat pemain amatur, semi-pro dan pro dari seluruh dunia.

Dalam pada itu disebabkan pandemik global yang melanda sekarang, tiada penonton akan berada semasa kejohanan itu berlangsung. Namun, penonton mungkin akan dibahagikan beberapa tempat dalam studio apabila PMGC dijalankan November nanti.