PUBG Mobile Versi 1.2 Rasmi - Peta Erangel Unik Dengan Runic Power

Peminat dan pemain PUBG Mobile di Malaysia kini sudah boleh memainkan permainan ini menerusi kemas kini terbaharu versi 1.2 di mana peta Erangel telah menerima penambahan dengan Runic Power.

Melalui Runic Power, pemain menerima rune khas ini yang mana memberikan kekuatan unik yang boleh diaktifkan semasa perlawanan.

Selain itu, senjata jenis assault rifle (AR) FAMAS juga menerima penambahbaikan iaitu hadir dengan peluru 5.6mm serta recoil yang lebih rendah.

Dalam peta Erangel versi ini juga, terdapat tiga tenaga rune yang boleh dipilih pemain. Setiap satu rune yang dipilih akan memberikan peningkatan serta kelebihan kepada pemain.



Kesemua rune ini boleh didapati dengan loot di sekitar peta Erangel ini. Berikut adalah tiga rune dan kelebihannya:

  • Flame Rune - Pemain dapat memanggil wheel of flame yang akan berpusing secara perlahan ke musuh. Peluru (damage) juga dipertingkatkan dalam jangka masa singkat.

  • Arctic Rune - Selain menambah peningkatan beku pada peluru, ia turut mengurangkan keberkesanan penyembuhan. Pemain juga dapat membuat pertahanan dengan memanggil grid ais 3x3 sebagai perlindungan semasa berlawan.

  • Wind Rune - Kemahiran dengan memanggil perisai angin separa-telus yang mengurangkan damage peluru dari senjata. Pemain turut menerima peningkatan kelajuan bergerak dan mengurangkan masa untuk mengisi semula peluru (reloading time).


Untuk pengetahuan, hanya satu sahaja rune yang boleh dipilih dalam satu perlawanan. Maka, pemain harus memilih berdasarkan gaya permainan tersendiri sama ada pemain jenis yang menyerang atau bertahan.

Tambahan lagi, mod popular EvoGround juga akan menerima pembaharuan - high-tech power armor dan matrix events yang akan hadir pada Februari ini.