PUBG Mobile : Tips Dan Pilihan Senjata Mengikut Kelas

Senjata yang sesuai merupakan salah satu penentu kejayaan seorang pemain permainan video bergenre peperangan seperti Call of Duty dan Battlefield. Begitu juga dengan PlayerUnknown’s Battlegrounds tak kira lah bagi versi PC, konsol mahupon mudah alih. Jadi, pada kali ini kami akan menyenaraikan kelebihan (pros) dan kekurangan (cons) senjata mengikut kelas di dalam permainan tersebut versi mudah alih, PUBG Mobile.

1. Assault Rifle



Assault rifle merupakan kelas senjata yang paling digemari oleh kebanyakan pemain. Keupayaan senjata dalam kelas ini untuk menembak musuh sama ada dari jarak dekat dekat atau jauh merupakan salah satu kelebihan bagi mereka. Selain itu, pemain juga boleh menetapkan mod senjata kepada burst- fire jika musuh berada berhampiran dan semi-auto jika musuh berkedudukan jauh. Tak banyak kekurangan yang dapat dikesan pada assault rifle ini kecuali agak sukar untuk kita membunuh dengan satu tembakan menggunakan senjata kelas ini.

Related image

Pemain dinasihatkan untuk  menggunakan mod burst-fire ketika berada di dalam bangunan dan mod semi-auto ketika berada di kawasan yang lapang. Antara senjata terbaik dalam kelas ini ialah M416, AKM dan Scar-L.



2. Sub-Machine Gun(SMG)



Senjata dalam kelas SMG memiliki kadar tembakan yang sangat pantas yang amat membantu ketika bertemu musuh secara tiba-tiba atau dalam ruang yang kecil. Ruang lelopak peluru yang lebih banyak berbanding kelas senjata lain juga boleh dianggap sebagai kelebihan buat kelas ini.



Namun, pemain akan berada dalam masalah apabila diserang musuh yang berada dengan jarak agak jauh. Senjata SMG kurang berkesan dalam menembak jarak jauh dan ini akan menyebabkan pemain tidak ada pilihan lain selain melarikan diri, jika sempat.

Antara senjata terbaik dalam kelas SMG ialah Tommy Gun dan UMP9.

3. Sniper



Dalam apa jua permainan peperangan, sniper merupakan antara senjata yang wajib ada dalam bagasi pemain. Kelebihan sniper dari segi damage dan kemampuan membunuh dari jarak jauh tidak boleh dipersoalkan lagi.

Related image

Namun dalam PUBG Mobile, bukan semua jenis sniper yang mampu membunuh dengan satu tembakan, sebagai contoh, KAR98K memerlukan dua tembakan untuk membunuh musuh walaupun menembak di kepala.



Tempoh untuk mengisi peluru yang agak lama merupakan kekurangan ketara bagi kelas sniper selain tidak sesuai untuk digunakan ketika bergerak di dalam bangunan. Antara sniper yang terbaik ialah AWM dan M24 namun kedua-duanya hanya boleh didapati pada airdrop dan crates sahaja.

4. Designated Marksman Rifle (DMR)



Boleh dikatakan bahawa DMR adalah kelas senjata yang berada di antara assault rifle dan sniper. Tahap damage yang tinggi menjadikan senjata kelas ini turut menjadi antara pilihan pemain. Dalam aspek lain pula, kadar recoil mereka agak tinggi sedikit daripada assault rifle. Senjata kelas DMR juga mempunyai kelebihan dalam pertempuran jarak jauh dan sederhana. Ruang lelopak peluru pula agak sedikit berbanding senjata kelas lain.



MK14, SKS dan Mini 14 adalah senjata terbaik dalam kelas ini namun MK14 hanya boleh diperolehi melalui airdrops.

5. Shotgun

Related image

Senjata kelas shotgun adalah senjata yang paling kurang digemari oleh para pemain selain pistol. Satu-satunya kelebihan senjata kelas ini adalah apabila musuh berada di depan mata, shotgun mampu membunuh dengan hanya satu tembakan.

Related image

Selain dari shotgun jenis S12K yang berupaya menembak dengan laju, shotgun lain akan mengambil masa yang agak lama untuk  melepaskan tembakan seterusnya. Kekurangan terbesar shotgun ialah kurang keupayaan untuk menembak pada jarak jauh.

Related image

Terdapat tiga jenis shotgun dalam PUBG Mobile iaitu S12K, S686 dan S1897 namun cuma S12K sahaja yang agak berbaloi untuk digunakan.

6. Pistol



Pistol merupakan senjata kedua yang baik namun jangan sesekali menggunakan pistol sebagai senjata utama.  Berlari sambil menggunakan pistol boleh meningkatkan kelajuan larian namun jumlah damage yang dilakukan oleh senjata kelas ini agak kecil berbanding kelas lain. Sebaik-baiknya para pemain hanya menggunakan pistol sekiranya ia merupakan senjata pertama yang berjaya didapatkan selepas mendarat.



Dalam PUBG Mobile, ketiga-tiga jenis pistol yang ada iaitu R1895, P92 dan p1911 mempunyai kekuatan dan kelebihan yang hampir sama.

7. Senjata jarak dekat (melee weapon)

Image result for pubg sickle

Selain daripada senapang atau pistol yang terdapat di dalam PUBG Mobile, senjata jarak dekat juga boleh didapati semasa bermain. Senjata jenis ini selalunya hanya digunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya pemain gagal mendapatkan senjata jarak jauh atau kehabisan peluru.

Image result for pubg crowbar

Terdapat empat jenis senjata jarak dekat yang terdapat dalam permainan ini iaitu lekap (crowbar), machete, kuali(pan) dan cangkul(sickle).

Related image

Senjata jarak dekat yang terbaik ialah kuali berdasarkan hit damage yang tinggi serta boleh digunakan sebagai perisai bahagian belakang badan.

Kredit foto : PUBG Guide

Sumber