Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBGM 1 bilion

PUBG Mobile Telah Dimuat Turun Melebihi 1 Bilion Secara Global

Diterbitkan Mac 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Tidak hairanlah sekiranya permintaan telefon gaming masa ini kian meningkat. Manakan tidak, rata-rata pengguna sekarang lebih cenderung bermain permainan mudah alih.

Salah satu permainan mudah alih yang masih popular sehingga kini adalah Player Unknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile).

Permainan bergenre battle royale ini dilaporkan telah dimuat turun melebihi 1 bilion secara global dan menjadikan ia di antara permainan mudah alih yang berjaya.

PUBG Mobile

Mengimbas kembali sejarahnya, PUBG Mobile merupakan permainan yang dibangunkan syarikat gergasi China, iaitu Tencent dan dilancarkan pada tiga tahun yang lalu.

Permainan ini sebenarnya berdasarkan daripada PUBG di Steam yang dimainkan di komputer dan ia juga menjadi fenomena dunia ketika diperkenalkan.

Namun, sejak ia hadir buat platform telefon pintar, permainan ini menjadi kegilaan ramai. Mungkin disebabkan kandungan yang ditawarkan lebih menarik. Malah, ia lebih mudah dimainkan berbanding di komputer.

PUBGM godzilla

Bercakap tentang kandungan, Tencent baru-baru ini turut mengumumkan kolaborasi dengan Godzilla vs Kong yang seperti diketahui ia filem terbaru ditayangkan di pawagam.

Kandungan terbaru itu bakal menemui pemain pada 7 April. Melihat perkara ini, Tencent agak bijak bagi sentiasa menghidupkan permainannya.

Jika dibandingkan dengan platform komputer, jumlah pemainnya kian menurun kepada sekitar 500 ribu pemain berbanding jumlah tertinggi yang pernah dicapai adalah 3.24 juta.

Sumber: gadget 360, statista

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY