Bagi peminat yang ingin menyertai, anda perlu lakukan seperti berikut :
- Sedia untuk menjawab soalan daripada lima individu berpengaruh tempatan yang akan memuat naik 'post' mengenai pertandingan ini ke platform media sosial mereka.
- Berikan jawapan anda dalam ruangan komen 'post' berkenaan dan tag lima rakan anda dengan tanda pagar #2getherWePlay dan #PUBGMOBILE
- Kongsikan 'post' pertandingan tersebut ke laman Instagram atau Facebook anda. Anda juga hendaklah pastikan akaun anda dalam 'public'.
250 peserta terawal yang memenuhi segala syarat pertandingan bakal menerima kemeja-t edisi terhad Ulang Tahun Ke-2 PUBG MOBILE.
Selain itu, para pemain juga dapat menikmati ganjaran bersempena ulangtahun yang ke-2. Ganjaran yang diberikan adalah :
- Semua pemain yang memasuki permainan bermula 12 sehingga 31 Mac 2020 akan menerima ganjaran log masuk harian.
- Para pemain boleh mengumpul syiling permainan video dengan menyempurnakan tugasan harian. Syiling berkenaan boleh digunakan untuk bermain permainan mini yang membolehkan anda mengumpul mata.
- Pelbagai hadiah ditawarkan sempena ulang tahun ini. Antaranya adalah Combat Master Set, Crazy Circus Series, avatar peringatan dan kotak-kotak avatar.
https://www.youtube.com/watch?v=PlYd1UXm3_I&feature=youtu.be