Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pubg mobile second ann

PUBG MOBILE Raikan Ulang Tahun Kedua Dengan Pertandingan Dalam Talian

Diterbitkan Mac 19, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Permainan PUBG Mobile hari ini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai pertandingan dalam talian dan aktiviti dalam permainan. PUBG Mobile telah bekerjasama dengan individu berpengaruh tempatan dalam memberi peluang kepada para peminat mengenai musim terbaru permainan dan menangi hadiah eksklusif.

pubg

Bagi peminat yang ingin menyertai, anda perlu lakukan seperti berikut :

  1. Sedia untuk menjawab soalan daripada lima individu berpengaruh tempatan yang akan memuat naik ‘post’ mengenai pertandingan ini ke platform media sosial mereka.
  2. Berikan jawapan anda dalam ruangan komen ‘post’ berkenaan dan tag lima rakan anda dengan tanda pagar #2getherWePlay dan #PUBGMOBILE
  3. Kongsikan ‘post’ pertandingan tersebut ke laman Instagram atau Facebook anda. Anda juga hendaklah pastikan akaun anda dalam ‘public‘.

250 peserta terawal yang memenuhi segala syarat pertandingan bakal menerima kemeja-t edisi terhad Ulang Tahun Ke-2 PUBG MOBILE.

Selain itu, para pemain juga dapat menikmati ganjaran bersempena ulangtahun yang ke-2. Ganjaran yang diberikan adalah :

  • Semua pemain yang memasuki permainan bermula 12 sehingga 31 Mac 2020 akan menerima ganjaran log masuk harian.
  • Para pemain boleh mengumpul syiling permainan video dengan menyempurnakan tugasan harian. Syiling berkenaan boleh digunakan untuk bermain permainan mini yang membolehkan anda mengumpul mata.
  • Pelbagai hadiah ditawarkan sempena ulang tahun ini. Antaranya adalah Combat Master Set, Crazy Circus Series, avatar peringatan dan kotak-kotak avatar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY