PUBG Mobile Perkenalkan Mod Baharu Jungle Adventure Dalam Peta Sanhok

Permainan mudah-alih popular PUBG Mobile kini telah menambah sebuah tema hutan "Mysterious Jungle" dalam peta Sanhok. Bersama-sama dengan itu, terdapat banyak ciri-ciri baharu yang menawarkan pengalaman permainan yang baharu.

Jika mana-mana pemain yang bermain dalam peta Sanhok dalam Classic Mode, mereka akan berpeluang untuk mengaktifkan mod Jungle Adventure. Dengan mod ini, ia menambah totem ketika bermain yang boleh digunakan untuk menguatkan lagi pemain.

Terdapat Power Totems, Strategy Totems, Protection Totems untuk membaiki helmet dan baju vest, mengembalikan tenaga dan juga nyawa pemain. Selain itu, Jungle Adventure juga ada menambah ciri-ciri lain seperti:

  • Jungle Food - Buah unik yang tumbuh dalam peta Sanhok. Pemain yang memakannya akan mendapat 'kuasa' secara rawak seperti boleh mengesan Air Drops, kembalikan semula nyawa atau tenaga, dan boleh juga mendatangkan pening kepada karakter.

  • Hot Air Balloons - Ia merupakan satu pengangkutan baharu yang membawa pemain ke langit untuk meninjau peta dari atas.


Ciri baharu Mysterious Jungle ini sudah boleh dimain bermula hari ini untuk platform Android dan juga iOS.

Berkaitan