PUBG Mobile Lite Kini Ditawarkan Untuk Pengalaman Bermain Lebih Baik Bagi Peranti Kelas Pertengahan

Anda memiliki peranti kelas pertengahan? Namun berminat untuk bermain PUBG Mobile? Jangan risau, anda mungkin akan dapat menikmati permainan battle royale popular itu tidak lama lagi.

Ini kerana versi ringan untuk permainan tersebut, PUBG Mobile Lite telah pun disenaraikan di pasaran digital Google Playstore. Buat masa ini, ia hanya tersedia bagi pasaran Filipina sahaja, tetapi pasaran lain juga dijangka akan menerima tidak lama lagi.



Pemain permainan ini akan menikmati pengalaman bermain yang sama seperti pemain PUBG Mobile biasa, cuma mereka akan bermain seramai 40 orang sahaja dengan saiz peta yang lebih kecil. Maka, permainan anda akan berakhir dengan lebih pantas.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pemain PUBG Mobile Lite akan dibenarkan untuk bermain bersama pemain PUBG Mobile biasa atau tidak. Mungkin ianya sukar tapi tidak mustahil.

 

Sumber