PUBG Mobile Kini Tidak Lagi Boleh Dimainkan Di India Secara Rasmi

Bermula 30 Oktober ini, permainan popular PUBG Mobile dan juga PUBG Mobile Lite kini tidak lagi boleh dimainkan di India.

Pada September lalu, kerajaan India telah mengeluarkan 118 aplikasi telefon pintar yang disekat untuk digunakan di negara tersebut dan PUBG Mobile adalah antara aplikasi yang tersenarai.

Melalui kenyataan penuh PUBG Mobile, mereka telah menutup segala akses dan perkhidmatan permainan tersebut untuk pengguna di India.



Secara tidak langsung, ia memaksa peminat tegar PUBG Mobile di India untuk mencari permainan lain sebagai alternatif.

Seiring dengannya, terdapat beberapa permainan yang telah mula dibangunkan dan diperkenalkan di India seperti FAU-G dan juga PABJE sebagai alternatif kepada PUBG Mobile sendiri.

 

Berkaitan