PUBG Mobile Kerjasama Dengan Pelawak Tempatan Bagi Meraikan Ulang Tahun Kedua

Sempena sambutan ulang tahun yang kedua, PUBG Mobile telah bekerjasama dengan pelawak tempatan iaitu Gajen Nad dalam berkongsi tiga sebab mengapa beliau menyukai permainan.

https://www.youtube.com/watch?v=Nn_00oIPq7s&feature=youtu.be

Kerjasama ini menghasilkan sebuah video yang dimuat naik ke dalam saluran YouTube dan Facebook PUBG Mobile Malaysia. Di dalam video berkenaan, beliau telah menyampaikan tiga mesej mengenai permainan PUBG Mobile.

Pertama, permainan ini boleh dimainkan di mana sahaja. Kedua, permainan ini dapat meluangkan masa bersama rakan- rakan secara maya. Ketiga, permainan PUBG Mobile membolehkan anda mengenal dengan pelbagai bangsa, agama dan jantina.