PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Semalam kami semua mengalami kemurungan tidak dapat bermain PUBG Mobile kerana ianya dalam proses penyelenggaraan.



Hari ini pihak TenCent sudahpun menawarkan kemaskini terbaru (0.50) bersaiz 738MB. Melalui kemaskini baru ini, TenCent membawakan peta baru digelar 'Miramar' bersama beberapa senjata dan kenderaan baru. Selepas ini anda boleh memilih antara dua peta Erangel atau Miramar.





Dalam permainan anda sekarang boleh mengaktifkan mikrofon atau pembesar suara supaya dapat berkomunikasi dengan kesemua 100 pemain.

Kemaskini baru ini juga menawarkan ciri baru untuk permainan secara berpasukan dengan membenarkan anda untuk memasukkan 6 digit kod untuk menubuhkan pasukan pilihan sendiri.



Terdapat juga ciri Synergy dan Connection dimana anda perlu berinteraksi bersama rakan pasukan untuk menaikkan paras Synergy sehingga 100 untuk mendapat Connection dengan menghantar seberapa banyak BP kepada rakan dan berpasukan bersama rakan.



Anda turut boleh memilih 4 efek warna iaitu Classic, Colorful, Realistic dan Soft, manakala untuk tetapan grafik Ultra HD masih lagi belum ditawarkan oleh mereka. "Coming Soon" lagi katanya.

Kami juga mendapati anda boleh mengutip BP di ruang Progress Mission



Dibahagian SHOP juga dapat dilihat mereka membawakan wajah baru dengan Preview di ubah ke bahagian belah kiri skrin. Melalui kemaskini baru ini, kami dapati TenCent lebih banyak menawarkan pilihan pakaianĀ rare melalui ciri baru Secret Stash, dimana anda berpeluang untuk membeli pakaian dalam masa yang terhad dengan wang anda sendiri.



Akhir sekali, kemaskini 0.5.0 ini juga, anda boleh memilih Region tertentu untuk menghantar jemputan untuk membentuk satu pasukan. Sebelum ini anda hanya boleh jemput secara global, tetapi tidak khusus kepada rantau Asia sahaja contohnya.



Setakat ini, kemaskini baru hanya ditawarkan kepada peranti Android sahaja. Untuk peranti iOS kami tidak dapat pastikan bila kemaskini akan ditawarkan kerana kami menerima laporan ada sesetangah pengguna iOS yang sudah mula mengemaskini.



Dah update belum? Selamat berperang.

 

 

 

Berkaitan