PUBG Mobile Dilaporkan Sebagai Aplikasi Permainan Peranti Pintar Yang Menjana Keuntungan Tertinggi Di Dunia Tahun Ini

Tencent dikatakan telah memperoleh hasil sebanyak USD146 juta dari 2 aplikasi permainan yang dibangunkan mereka.


Menurut laporan oleh SensorTower, Tencent, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi permainan peranti pintar paling popular di dunia iaitu PUBG Mobile telah menjana keuntungan sebanyak USD146 juta bagi bulan Mei sahaja.

Jumlah keuntungan tersebut merupakan gabungan bersama satu lagi aplikasi permainan popularyang dibangunkan mereka iaitu Game for Peace.

Data dari SensorTower menunjukkan, hanya dari aplikasi PUBG Mobile sahaja, Tencent telah memperoleh keuntungan sebanyak USD76 juta menerusi perbelanjaan yang dibelanjakan oleh 100 juta pemain aktif mereka dari seluruh dunia. Manakala aplikasi permainan Game for Peace pula yang baru dilancarkan pada Ogos tahun lepas telah menjana keuntungan bagi Tencent sebanyak USD70 juta bagi bulan Mei yang lalu.

Kapsyen: Keuntungan daripada 2 aplikasi ini telah meningkatkan pendapatan sehingga 126% kepada Tencent pada bulan Mei berbanding bulan April 2019. Malah keuntungan yang dilaporkan SensorTower ini tidak termasuk stor Android pihak ketiga yang ada di China. Kredit data: SensorTower


Keuntungan yang dijana oleh aplikasi PUBG Mobile menerusi Apple App Store dan Google Play Store sekaligus telah menjadikannya sebagai aplikasi permainan yang menjana keuntungan tertinggi di dunia bagi bulan Mei tahun ini.

Sementara itu sebuah lagi aplikasi popular yang merupakan pesaing PUBG Mobile, Fortnite dari Epic Games pula, pemain mereka hanya membelanjakan sebanyak USD43.3 juta sahaja bagi bulan Mei tahun ini.

Berkaitan