PUBG Mobile Dilapor Bakal Terima Peta Vikendi Seawal Minggu Hadapan

Baru-baru ini, pembangun PlayerUnknown's Battlegrounds atau PUBG telah memperkenalkan satu peta baru, Vikendi bagi permainan popular mereka itu.

Bagaimanapun, semasa perkenalan berkenaan dibuat, ia hanya melibatkan platform PC dan konsol(PS4 dan Xbox) sahaja. Tiada maklumat mengenai PUBG Mobile diberikan ketika itu.

Namun, mereka telah mengeluarkan versi beta bagi peta Vikendi buat PUBG Mobile pada Isnin. Dan menurut sumber, peta berkenaan akan tersedia sepenuhnya untuk para pemain pada 20 Disember ini.



Malah, pihak XDA-Developers juga telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai kemaskini terbaru itu nanti. Antaranya ialah:

  • Kenderaan salji baru

  • Perlawanan lontar salji di Vikendi Spawn Island

  • Tema salji pada Home Screen permainan

  • Pemain yang sering meninggalkan perlawanan selepas bermula akan digantung buat sementara waktu

  • Pemain kini boleh melaporkan aktiviti mencurigakan semasa memerhatikan permainan selepas mati.

  • Pemain dibenarkan bermain dalam satu permainan dengan pemain dari pelayan berbeza

  • Susun atur baharu bagi memudahkan pemain yang bertangan besar


Akan tetapi, ini bukanlah maklumat akhir dan ianya hanya akan diketahui sepenuhnya apabila dilancarkan kelak. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: Xda-Developers