PUBG Mobile Bakal Mempunyai Monster Mode - Buru Raksasa Untuk Dapatkan Kelengkapan

Permainan PUBG Mobile dilihat akan lebih menarik dimana satu mod dipanggil sebagai Monster Mode akan dilepaskan menghampiri perayaan Tahun Baru Cina.

Monster Mode ketika ini sedang berada dalam fasa ujian beta dan dimainkan oleh pemain pada server China. Hadir didalam kemaskini 0.13.0, ia turut menawarkan lokasi dengan tema Tahun Baru Cina yang menampilkan raksasa.

Pemain perlu memburu raksasa untuk mendapatkan kelengkapan seperti senjata, baju perisai, dan lain-lain. Untuk memburunya, pemain perlu mengaktifkan patung berbentuk raksasa yang berada didalam lokasi.



Tembakan dari pistol suar juga memperlihatkan awan gelap diiringi petir (macam tunggu Shenlong keluar), bukannya cahaya suar seperti biasa.



Difahamkan, mod ini hanya ditawarkan untuk pemain diserver China sahaja. Namun, jika terdapat permintaan tinggi dari pemain luar dari server itu, berkemungkinan pembangun akan mempertimbangkannya.

Tempoh hari, khabar angin ada menyatakan pemain luar dari China akan dihidangkan dengan kemaskini yang menampilkan mod zombi, kenderaan serta senjata baru. Diramalkan pelepasan kemaskini akan dibuat sekitar 18 Januari - 20 Januari 2019.

https://www.youtube.com/watch?v=otrPLCxTA6A

Sumber: Fox Sport Asia