PUBG Dikhabar Akan Dikemaskini Dengan Mod Zombi, Kenderaan Serta Senjata Baru

Tahun baru sudah menjelma dan pemain PUBG Mobile pasti tertanya-tanya apakah pembaharuan yang bakal dibawa syarikat pembangun untuk mereka.

Mengutip laporan daripada Digit, dua saluran YouTube, GaMe LoveRS dan Mr.GHOST GAMING telah memuat naik dua video yang membayangkan ciri-ciri baru untuk permainan mudah alih popular ini.

Antara yang dikatakan bakal hadir adalah mod Zombie yang mungkin berkait rapat dengan pengumuman kolaborasi antara PUBG Mobile dan Resident Evil 2. Lain-lain ciri yang digembar-gemburkan adalah seperti dibawah;

  • Ciri death cam seperti versi komputer,membolehkan pemain ulang tayang bagaimana mereka mati.

  • Senapang MK 47 Mutant yang menyokong penglihatan laser

  • Senapang G36C dikatakan akan menggantikan Scar-L pada peta Vikendi.

  • Tukshai, kenderaan seperti TukTuk untuk peta Sanhok

  • Cuaca yang berubah-ubah untuk peta Erangel dan Miramar

  • Peta Vikendi melepasi versi Beta

  • Salji pada peta Erangel


Khabar angin awal ini turut menyatakan kemaskini baru ini akan hadir pada versi 0.10.5 atau 0.11.0 yang mana penawarannya sekitar 18 Januari - 20 Januari depan.

Buat masa sekarang ia hanyalah sekadar desas-desus dan untuk itu sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Digit