Dua permainan popular berkenaan dijangka akan menerima pesaingan baru pada masa akan datang. Malah, persaingan itu bakal hadir daripada sebuah syarikat yang bukan calang-calang iaitu Electronic Arts(EA).
Kredit : GamersDecide
Menurut laporan IGN, perancangan untuk menghasilkannya telah dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi EA iaitu Blake Jorgensen. Kenyataan itu dibuat bagi menjawab satu persoalan yang ditanyakan semasa pembentangan kewangan suku pertama mereka untuk tahun 2018.
Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada mod battle royale yang ada pada permainan Battlefield 5 akan hadir dalam satu edisi yang diasingkan atau tidak. Menurut Blake, mereka tidak menolak untuk membangunkan sebuah permainan battle royale mandiri selepas ini.
https://youtu.be/YDegJ5gifRU
EA juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan menjadi sebuah permainan free-to-play sekiranya dilancarkan kelak. Ia sekaligus akan memberi persaingan kepada permainan Fortnite yang dibangunkan oleh syarikat Epic Games.
Jika mereka benar-benar melakukannya, kita pasti akan dihidangkan dengan permainan battle royale bergrafik tinggi nanti. Ini kerana EA terkenal sebagai sebuah pembangun yang mementingkan kualiti grafik dalam setiap permainan video yang dihasilkan.
Kredit : EA
Untuk pengetahuan anda, Battlefield 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Oktober ini untuk peranti PC, PS4 dan Xbox One. Selain dari siri Battlefield, EA juga terkenal dengan beberapa siri terkemuka lain seperti permainan bola sepak FIFA, The Sims dan Need For Speed.
Sumber
Berkaitan
- Imej Tertiris Nokia 5.1 Plus Dedahkan Kamera Utama Dwi-Lensa
- Asus Zenfone 5Z Akan Mula Dijual Di Pasaran India Pada 4 Julai Ini
- Info Tertiris HTC Ocean Mengesahkan Rekaan Touch Sensitive Frame bersama Cip Pemprosesan Snapdragon 835
- Lebih 50 Juta Akaun Facebook Digodam, SKMM Sahkan Sedang Berhubung Dengan Facebook
- PUBG Mobile Lite Kini Ditawarkan Untuk Pengalaman Bermain Lebih Baik Bagi Peranti Kelas Pertengahan
- Samsung Soundbar N650, Memang Mengancam!
- CEO Samsung Sahkan Galaxy S10 Bukan Peranti Pertama Dengan Sokongan Rangkaian 5G
- Asus VivoBook S15 (2018) - Laptop Ringan Dengan Rekaan Ergolift Hinge
- Gambar Tertiris HTC 11 Bersama Snapdragon 835 dan RAM Sebesar 6GB
- Apple Didakwa Akan Lancarkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada 25 Mac Ini Bagi Mencabar Netflix