PS5 & Xbox Genenari Seterusnya Terus Hadir Dengan Teknologi AMD

AMD kini sedang bekerjasama dengan Sony dan Microsoft dalam membangunkan konsol permainan generasi akan datang bagi kedua-dua pembangun tersebut. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMD, Lisa Su dalam satu temuramah bersama CNBC.

Kredit : Business Insider


Beliau juga mendakwa bahawa AMD akan turut membantu keduanya dalam melengkapkan konsol masing-masing dengan 'resepi istimewa'. Ia dijangka akan memberikan antara naiktaraf yang terbesar dalam sejarah dari segi perkakasan konsol berbanding generasi terdahulu mereka.

Pada hari ini, konsol PS4/ PS4 Pro dan Xbox One/ Xbox One X telah pun dikuasakan oleh teknologi CPU dan GPU dari AMD. Dengan kenyataan terbaru ini, mereka dijangka akan terus bekerjasama dalam tahun-tahun mendatang memandangkan kesemua pihak berpendapat industri permainan video mempunyai masa depan yang amat cerah.

 

Sumber