PS4 Menjadi Konsol Permainan Kedua Paling Laris Terjual Di Dunia

Masih belum dapat menandingi jualan konsol PS2.


Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan SONY bagi suku kedua 2019, SONY telah berjaya menjual sebanyak 2.8 juta unit konsol permainan PlayStation 4.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan unit PS4 yang berjaya dijual sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2013 hingga September 2019 adalah sebanyak 102.8 juta unit konsol.

Sekaligus menjadikannya sebagai konsol permainan kedua paling laris terjual di dunia (setakat September 2019) mengatasi jualan konsol PlayStation generasi pertama (1994-2006) yang terjual sebanyak 102.5 juta unit.

Walaubagaimanapun, ia masih belum mampu menandingi jualan konsol permainan PlayStation 2 yang terjual sebanyak 155 juta unit sejak dilancarkan pada Mac 2000 hingga Disember 2012.

Tetapi jualan PlayStation 4 diseluruh dunia berjaya mengatasi julan konsol permainan Nintendo Wii yang hany terjual sebanyak 101.6 juta unit.

Sementara PlayStation 3 pula hanya terjual sebanyak 87.4 juta unit yang dijual dari November 2006 hingga Mac 2017.

Sumber: CNET