Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
prudential moveit data curi

Prudential Malaysia Akui Antara Mangsa Kecurian Data, Minta Ejen Dan Pelanggan Berwaspada

Diterbitkan Jun 14, 2023 · Dikemas kini Jun 14, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) memaklumkan mereka antara yang terkesan akibat serangan pencurian data terhadap MOVEit di mana kerentanan zero-day telah menjadi salah satu punca.

MOVEit ialah perisian yang digunakan banyak syarikat seluruh dunia untuk memindahkan fail sensitif seperti akaun maklumat akaun bank dan sebagainya.

prudential moveit data curi

Selepas maklum dengan kecurian data tersebut, Prudential telah mengasingkan penyedia (server) sementara siasatan mendalam dilaksanakan.

Pihak berkuasa juga telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

Berkaitan

  • Data Penumpang AirAsia Didakwa Dicuri Tapi Penggodam Tak Mahu Teruskan Kerana Sistem Terlalu Lemah
  • Data 13 Juta Pengguna Didakwa Sedang Dijual - Libatkan Pengguna SPR, Maybank, Astro
  • Akui Lebih 200,000 Pelanggan Unifi Terkesan, Ini Respons TM Berkaitan Pencerobohan Data
  • Cara Mengenalpasti Dan Memerangkap Penggodam Yang Menceroboh PC Anda
  • Ini Senarai Masa Yang Diperlukan Untuk Kata Laluan Anda Digodam
  • Facebook RCB, Subsidiari Bawah MARA Corporation Disahkan Digodam

Jika anda pelanggan atau ejen Prudential, maka data yang telah mungkin terkesan ialah nama, nombor telefon, nombor MyKad, kad bank atau/dan maklumat kad kredit.

Syarikat akan memaklumkan secepat mungkin apabila ia telah disahkan nanti.

phone hack attack

Prudential juga menasihatkan ejen insurans dan pengguna untuk:

  • Berwaspada dengan komunikasi yang meragukan
  • Elak klik pautan atau muat turun bahan daripada e-mel yang meragukan
  • Semak transaksi atau penyata bank/kad secara berkala
  • Hubungi pengeluar kad kredit jika berasa ia sudah tidak selamat digunakan

Operasi syarikat berjalan seperti biasa. Anda boleh hubungi mereka di talian 03-2771 2480 (PAMB) atau 03-2742 4060 (PruBSN) untuk maklumat lanjut.

BBC melaporkan bahawa sekumpulan penggodam dari Rusia telah melancarkan serangan pencurian data melalui kerentanan zero-day di mana antara syarikat/institusi terjejas termasuklah Ofcom (agensi kerajaan UK), BBC, British Airways, TfL, Boots.

Zero-day vulnerability merujuk pada kerentanan yang hanya baru disedari pembangun selepas wujudnya serangan, lantas tidak mempunyai masa banyak masa (zero-day) untuk mengetahui lanjut tentang kerentanan tersebut.

Sumber: Prudential, BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY