Prudential Merevolusikan Masa Depan Penjagaan Kesihatan Dengan Aplikasi Pulse by Prudential

Aplikasi mudah alih dengan perintis kecerdasan buatan (AI) semua dalam satu.


Syarikat insurans yang terkemuka dan inovatif, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah melancarkan aplikasi mudah alih  Pulse by Prudential. Ia adalah aplikasi kesihatan digital dan merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini yang menawarkan pengurusan kesihatan yang holistik kepada pengguna.

Menggunakan alat bantu diri dengan perintis Kecerdasan Buatan (AI) dan maklumat masa nyata, Pulse berfungsi sebagai rakan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang masa kepada pengguna, membantu mereka mencegah, menangguh dan melindungi daripada serangan penyakit.



Pulse merupakan sebahagian daripada strategi Prudential untuk seluruh rantau Asia bagi menyediakan penjagaan kesihatan pada kos yang berpatutan dan boleh diakses oleh semua orang di seluruh Asia dengan memanfaatkan teknologi digital dan perkongsian yang terbaik dalam kelasnya. 

Pulse by Prudential telah dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2019 dan akan tersedia tidak lama lagi di seluruh rantau ini, dengan sokongan daripada penyedia perkhidmatan serantau dan tempatan seperti Babylon Health (fungsi semakan gejala dan penilaian kesihatan), Tictrac (perkhidmatan kesihatan peribadi), DoctorOnCall (khidmat rundingan dalam talian) dan AIME (fungsi amaran denggi).

 Aplikasi mudah alih Pulse sudah boleh dimuat turun secara percuma untuk telefon pintar iOS dan Android  menerusi Apple App Store dan Google Play Stores.

Berkaitan