Prototaip Xiaomi Mi Mix 2 Yang Tertiris Menunjukkan Siapa Yang Handal Dalam Kategori Skrin Paparan Penuh

Sewaktu pertama kali Xiaomi Mi Mix mula dilancarkan pada lewat tahun lepas, pengguna seluruh dunia disajikan dengan rekaan yang selama ini menjadi impian bagi kebanyakkan pemilik telefon pintar.

Rekaan bezel-less sudah menjadi ikutan untuk peranti telefon pintar untuk tahun ini dengan Samsung S8 menyajikan Paparan Infiniti dan menjadi topik hangat untuk peminat Apple samada peranti iPhone tahun ini bakal memberi saingan dari segi paparan.

Xiaomi juga tidak berlengah masa bagi menyiapkan peranti Mi Mix 2 yang mungkin akan keluar pada bulan hadapan. Satu imej yang telah tertiris di laman sosial Weibo menunjukkan sesuatu yang bercita-cita tinggi.

Imej peranti Mi Mix 2 yang tertiris itu menunjukkan seluruh panel hadapan dipenuhi dengan skrin paparan. Tidak kelihatan ruang speaker depan kerana Xiaomi mungkin menggunakan teknologi yang sama dari Mi Mix dengan mengeluarkan suara melalui gegaran.

Mungkin prototaip yang tertiris ini masih belum dapat disahkan sebagai rekaan akhir untuk peranti tersebut namun serba sedikit kita dapat melihat ke mana arah tuju industri ini pada hujung tahun ini.

Sumber