Prototaip kereta nasional baharu dijangka dapat dikongsikan kepada umum secepatnya tahun depan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin ketika berkongsi tentang perkembangan terbaharu projek kereta nasional ketiga itu berkata ia telah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kereta nasional baharu, kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan daya saing kejuruteraan tempatan serta mencipta ekosistem baharu yang mesra inovasi dan teknologi.
Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan pusat pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu berhasrat melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Dr Mahathir.
Langkah untuk menghasilkan kereta nasional ketiga dilihat akan dapat mencergaskan kembali industri automotif negara.
-- BERNAMA
Kredit foto utama: Shutterstock
Berkaitan
- Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik
- Indonesia Pertama, Malaysia Ketiga Kes Phishing Di Asia Tenggara Sepanjang 2022 - Kaspersky
- Teknologi Kamera Baru Ini Bakal Bantu Kereta Pandu Sendiri Melihat Objek Yang Terselindung
- Anda Peminat Permainan Lumba Kereta? Asphalt Kini Hadir Dengan Siri Baru
- Huawei Dilapor Akan Mula Mengeluarkan Cip Kirin 985 Pada Suku Ketiga Tahun Ini
- Terdapat Keperluan Untuk Projek Kereta Nasional Ketiga - Institut Automotif Malaysia
- Proton Nafi Iktiraf Transaksi Penjualan Kereta Menggunakan Bitcoin Dan Ethereum
- YouTuber Ini Ubah Kereta Menjadi Sebuah Tetikus Komputer
- Kereta Terhubung Digi Bersama AXA FlexiDriver Diperkenalkan
- Kereta Elektrik Huawei Mungkin Diperkenalkan Hujung Tahun Ini