Proton Saga Edisi Hitam Bakal Dilancarkan Pada 9 Julai Sempena Ulang Tahun Yang Ke-35

Kereta nasional kebanggaan Malaysia, Proton Saga bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-35 pada 9 Julai. Bersempena dengan itu, 'Saga Edisi Hitam' akan membuat kemunculannya yang pertama dan diperkenalkan oleh pengeluar kereta tersebut pada hari yang sama.

Pelancaran kereta itu akan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi Proton, yang dijadualkan bermula pada pukul 10.35 pagi.

[embed]https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/posts/3447331695290291[/embed]

Menurut gambar 'Saga Edisi Hitam' yang sudah mula tersebar, model hitam kereta ini mempunyai cermin sisi dan jaring depan yang dicat kuning.

proton saga edisi hitam 9 julai

Berdasarkan keluaran edisi khas baru-baru ini, kemungkinan Proton hanya akan menambah beberapa aksesori tambahan sahaja pada model 'Saga Edisi Hitam'. Secara mekanikal, Saga harus diteruskan dengan enjin empat silinder 1.3 liter dengan 95 PS pada 5,750 rpm dan tork 120 Nm pada 4,000 rpm, dilengkapi dengan kotak gear manual lima kelajuan atau kotak gear automatik penukar tork empat kelajuan.

Proton Saga secara rasmi berharga dari RM32,800 untuk model berspesifikasi asas dengan transmisi manual dan meningkat sehingga RM39,800 untuk model Premium Auto. Dengan pengecualian cukai jualan yang baru, pelanggan mendapat potongan RM400 pada model manual standard dan potongan RM500 untuk varian automatik standard dan premium.

Nantikan kemunculan 'Saga Edisi Hitam' ini esok pada jam 10.35 pagi di laman Facebook Proton.

Sumber: Paul Tan