Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
proton saga anniversary edition

‘Proton Saga Anniversary Edition’ Dilancarkan Hari Ini Sempena Ulang Tahun Yang Ke-35

Diterbitkan Julai 9, 2020 oleh Nadiah Ab

Kereta nasional pertama Malaysia mencapai usia 35 tahun hari ini. Bersempena dengan itu, Proton baru sahaja melancarkan Proton Saga Anniversary Edition pagi tadi.

proton saga anniversary edition

Diberi nama “Black Edition”, ia direka berdasarkan model Saga Premium AT. Saga Edisi Ulang Tahun ini dikeluarkan dalam warna Hitam Quartz sama seperti warna yang digunakan pada kereta Proton milik kerajaan dan juga X70 Edisi Merdeka.

Bahagian luaran yang gelap diserlahkan dengan jalur kuning keemasan pada gril dan bahagian bibir bumper depan. Jalur kuning tersebut bersambung mengelilingi skirt sisi dan juga kedua belah cermin sisi. Di bahagian belakang pula, jalur kuning terletak di titik terendah bumper. Warna kuning ini diilhamkan oleh warna motorsport Proton, R3.

proton saga anniversary edition
proton saga anniversary edition
proton saga anniversary edition
proton saga anniversary edition
proton saga anniversary edition
proton saga anniversary edition
proton saga anniversary edition
proton saga anniversary edition
Proton Saga Anniversary Edition ini hanya dikeluarkan dalam 1,100 unit dengan harga yang sama dengan model Premium, iaitu RM39,300 atas jalan tanpa insuran.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Proton.
Sumber: Proton

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY