Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PROTON X90_1

PROTON Perkenal Kenderaan Tenaga Baru Pertama, PROTON X90

Diterbitkan Mac 28, 2023 · Dikemas kini Mac 28, 2023 oleh Amalina Athman

PROTON kini mengumumkan model kenderaan elektrik hibrid ringan baharu, iaitu PROTON X90.

Berkaitan

  • Mattel Perkenal Hot Wheels Model Proton Saga 1985
  • MITI, Proton, Perodua Bincang Percepat Pengeluaran EV Nasional Mampu Milik - Tengku Zafrul

Merupakan model pertama PROTON bagi Kenderaan Tenaga Baru (NEV), X90 adalah model ketiga dalam siri X PROTON, dengan pemasangannya dilakukan di PROTON Tanjung Malim.

PROTON X90_3

Dengan enjin 1.5L TGDi, “jantung” X90 diisi dengan sistem Electric Motor Synergy (EMS) 48V yang mengintegrasikan enam komponen utama, termasuk motor 84V Belt-Starter Generator (BSG), Konverter DCDC, Bateri Lithium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Pemulihan Brek dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Selain itu, X90 turut dilengkapi ciri keselamatan seperti Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Collision Warning (RCW) dan Traffic Sign Information (TSI) yang mengesan dan memaparkan tanda-tanda jalan raya.

PROTON X90_4

PROTON X90 tersedia dalam empat varian, Standard hingga Flagship dengan konfigurasi 7 tempat duduk.

PROTON X90_2

 

Bagi yang berminat, PROTON memaklumkan siri sesi pratinjau SUV PROTON X90 akan diadakan di enam lokasi bermula 8 April 2023. Sementara tempahan bagi model terbaharu PROTON itu dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, buat masa ini belum lagi diketahui tanda harga bagi keempat-empat model terbaharu itu.

Sumber: PROTON

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY