Proton Nafi Iktiraf Transaksi Penjualan Kereta Menggunakan Bitcoin Dan Ethereum

Dua hari lepas telah tular mengenai sebuah pusat jualan Proton yang bertempat di Seri Kembangan menawarkan urusniaga pembelian kereta dengan menggunakan mata wang kripto.

Lanjutan daripada itu, Proton hari ini tampil menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan yang turut menyatakan bahawa pusat jualan itu sudahpun dihentikan sementara operasinya.

Penggantungan operasi itu dilakukan bertujuan untuk pihak syarikat melakukan siasatan lanjut terhadap penawaran yang dilakukan pusat jualan terbabit.

Proton amat menggalakkan pusat jualan untuk terus tampil dengan cara yang menarik bagi memastikan pelanggan sentiasa tertarik dengan kenderaan mereka, tetapi dalam masa yang sama, pusat jualan perlulah berhati-hati dalam menawarkan promosi yang tidak mendapat kebenaran dari syarikat.

Sumber: Astro Awani