Proton Hasilkan Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan, Sebanyak 60,000 Disasarkan

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd akan menghasilkan pelindung muka iaitu komponen penting bagi Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan sektor penjagaan kesihatan.



Operasi pengeluaran dijangka akan bermula pada 13 April di ibu pejabat Proton Shah Alam dan dihasilkan secara sukarela oleh kakitangannya. Sebanyak 60,000 penghasilan pelindung muka disasarkan dalam tempoh sekitar 20 hari.



Ketika Malaysia sedang berusaha untuk menentang penularan wabak COVID-19, PROTON sekali lagi mengambil bahagian dalam...

Posted by Proton Cars on Thursday, April 9, 2020


Sebagai syarikat yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kereta, kelebihan tersebut digunakan oleh Proton untuk menghasilkan peralatan PPE sebagai inisiatif menyokong petugas barisan hadapan dalam membendung penularan Covid-19.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato' Radzaif Mohamed berkata, pelindung muka yang dihasilkan akan dihantar secara berperingkat dan akan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengedarkan peralatan tersebut mengikut tahap keperluan di setiap daerah.

Dalam pada itu, untuk memastikan syarikat mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Proton telah mengehadkan bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses penghasilan pelindung muka tersebut.

Sebelum ini, Proton turut meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia,

Sumber: Proton