ProPoint Mouse-Tetikus Ini Mampu Tingkatkan Produktiviti Kerja Anda

Semakin hari pelbagai ciptaan dan teknologi baru muncul di pasaran. Bukan hanya teknologi yang berkembang maju tetapi pemikiran manusia pun juga perlu seiring dengan teknologi.

Siapa yang tidak tahu apa itu tetikus? Boleh dikatakan di mana ada komputer di situ akan ada tetikus. Kini, terdapat satu inovasi baru yang dikempenkan di laman web indiegogo iaitu “Pro Point Mouse”. Produk ini masih di peringat prototaip.

Kebanyakan tetikus yang dijual di pasaran bersaiz besar dan perlu diletakkan di tempat stabil supaya mudah anda untuk mengerakkannya. Berbeza dengan peranti ini, anda boleh letakkannya di bawah papan kekunci komputer riba kerana saiznya yang kecil. Walaupun ia bersaiz kecil tetapi reka bentuknya masih mementingkan keselesaan kepada tangan anda.

Tidak kira sama ada berada di lapangan terbang, kedai makan atau dalam kereta api, anda masih boleh menggunakan komputer riba bersama tetikus tersebut.

Kredit: www.indiegogo.com

Selain itu, peranti ini bukan hanya berfungsi sebagai tetikus tetapi ia juga boleh bertindak seperti alat kawalan jauh. Aspek ini memudahkan anda terutama semasa melakukan pembentangan. Anda boleh membulatkan atau mengariskan perkataan semasa pembentangan dibuat.

Kredit: www.indiegogo.com

Aspek istimewa yang dilengkapkan dalam peranti ini mencuri perhatian ramai kerana ia boleh digunakan untuk ipad. Semua sedia maklum yang ipad menggunakan skrin sentuh dan belum ada lagi mouse di pasaran boleh disambungkan ke peranti tersebut. Dengan adanya ProPoint Mouse, ia memberi satu pengalaman baru kepada kita untuk merasai bagaimana menggunakan tetikus pada ipad.

Kelebihan ciri yang dimuatkan dalam peranti ini menjadikan ia sebuah peranti yang perlu dimiliki. Diharapkan suatu hari nanti, ia akan dikomersialkan di pasaran Malaysia.

Sumber: Indiegogo

 

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408