Promosi Tahun Baru Cina Dari Sony Mobile Malaysia

Lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi kita akan merayakan perayaan Tahun Baru Cina. Pelbagai promosi dan tawaran hebat mula di tawarkan menjelang perayaan tersebut. Sony Mobile Malaysia juga tidak ketinggalan dengan menawarkan hadiah percuma dengan pembelian telefon pintar siri Xperia.

Promosi yang telah bermula sejak 13 Januari 2017 yang lalu bakal tamat pada 5 Februari 2017 depan. Untuk promosi Tahun Baru Cina kali ini, Sony Mobile Malaysia akan menghadiahkan beberapa aksesori menarik bernilai RM837 kepada bakal pembeli. Antara aksesori yang akan diberi secara percuma itu adalah, SBH80 Bluetooth Headset, DK52 Charging Dock, Voucer Photobook Malaysia, waranti skrin telefon pintar, kad memori mikroSD SanDisk Ultra 32GB kelas 10, screen protector, dan juga transparent silicone case.

Untuk melayakkan anda menerima hadiah percuma tersebut sudah semestinya anda perlu membeli salah satu model telefon pintar Sony Xperia yang telah disenaraikan. Antara telefon pintar yang terlibat dalam promosi ini adalah model yang baru dilancar baru-baru ini seperti Xperia XZ, Xperia X Compact, Xperia X, Xperia XA dan Xperia XA Ultra. Tidak dilupakan juga beberapa model lama seperti Xperia Z5 Premium, Xperia Z5 dan Xperia M5.

Nimatilah promosi dari Sony Mobile Malaysia ini di setiap cawangan Sony dan pengedar sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang senarai telefon pintar sila layari Sony Mobile Malaysia. Untuk senarai harga telefon terkini sila tekan pautan ini. Untuk senarai pengedar rasmi Sony Malaysia sila tekan pautan ini.

Sumber: Facebook Sony Mobile My