Promosi Streamxy Terbaru Dengan Kelajuan 4Mbps Dan 8 Mbps Mula Kelihatan

Bermula dari pertengahan Julai yang lalu, TM telah mengumumkan sejumlah penawaran serta naik taraf kepada pelanggan baru dan juga lama.

Beberapa hari lepas pula, kelihatan satu penawaran baru untuk perkhidmatan Streamyx dimana promosi jalur lebar Streamyx ditawarkan pada harga langganan bawah RM100.



Terdapat 4 pelan yang berbeza tahap kelajuan iaitu, 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps, dan 8Mbps. Pelan 1 Mbps, 2Mbps, dan 4Mbps diletakkan pada bulanan yang sama iaitu RM90 sementara pelan 8Mbps pada harga RM100 sebulan.

Kesemua pelan bakal menerima router wireless telefon DECT, dan panggilan percuma untuk setiap talian tetap TM. Kelebihan pada pelan 8Mbps pula hadir dengan Unifi TV yang menyiarkan saluran asas.

Penawaran ini hanya tertakluk bagi pendaftaran baru sahaja. Jika diteliti, promosi ini memberikan penjimatan sehingga RM60 untuk pelan 8Mbps, dan RM50 bagi pelan 4Mbps.

Tempoh untuk menikmati promosi akan berjalan sehingga 31 Disember 2018. Difahamkan lagi, promosi diatas adalah sebahagian daripada strategi pemasaran dan berkemungkinan hanya ditawarkan pada kawasan tertentu.

Sumber: Lowyat.net