Kepelbagaian kaum inilah yang menjadi Malaysia sebuah negara yang istimewa berbanding negara lain di dunia. Terlalu banyak perbezaan yang dikongsi sesama kita di negara ini termasuk adat resam, pakaian tradisional serta makanan.
Sebut berkenaan makanan, penyedia perkhidmatan penghantaran makanan popular, foodpanda mahu meraikan bulan kemerdekaan ini bersama rakyat Malaysia. Mereka kini menawarkan beberapa promosi menarik kepada pelanggan sepanjang bulan Ogos ini.
Antaranya ialah, pelanggan dari kawasan Ampang kini boleh membuat pesanan dengan nilai minimum RM 10, berbeza dengan RM 15 sebelum ini. Manakala, bagi pelanggan di P.Pinang, Johor, Petaling Jaya dan Kota Damansara, anda akan menikmati penghantaran percuma sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Namun, pelanggan dari kawasan lain di seluruh negara juga tidak terlepas dari promosi ini. Anda akan menikmati servis penghantaran dengan cas RM 3 berbanding RM 5 pada hari biasa bermula dari 13 Ogos sehingga 24 Ogos ini.
Malah, foodpanda juga akan menanggung segala kos penghantaran kepada anda sepanjang tempoh 25 Ogos sehinggalah ke hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.
Untuk menikmati promosi ini, anda boleh membuat tempahan melalui laman sesawang rasmi foodpanda, mahupun menggunakan aplikasi foodpanda pada peranti Android atau iOS anda. Jangan lepaskan peluang untuk meraikan Hari Kemerdekaan ke-61 bersama foodpanda.
Sumber
Berkaitan
- Shopee Umum Jualan Promosi Sempena Tahun Baru Cina
- Samsung Tertangkap Mempromosikan Galaxy Note 9 Menggunakan iPhone
- Shopee 12.12 Bakal Tawarkan Promosi Menarik
- Samsung Malaysia Adakan Promosi Jualan Sempena Ulang Tahun Ke 50
- Digi Sediakan Lebih Dari 7000 Kawasan Hotspot Dengan Harga Promosi Serendah RM0.50
- Ini Senarai Harga Baru Bagi Penukaran Bateri iPhone Selepas Tamat Tempoh Promosi
- Pembeli Malaysia Sanggup Tempuh Perjalanan Jauh Untuk Dapatkan Tawaran Promosi
- Xiaomi Muncul Jenama Telefon Paling Laris Pada Promosi Ulang Tahun Ke-7 Lazada
- Tourism Perak Guna Aplikasi 'TikTok' Sebagai Strategi Promosi Sektor Pelancongan
- Jimat Sebanyak RM12 Ribu Dengan Promosi Get RED-dy Daripada LG