(Promosi) Jualan Super Xiaomi Di Lazada Hanya Untuk Hari Ini Sahaja

Xiaomi kini sedang mengadakan jualan murah sempena promosi di laman beli belah atas talian popular, Lazada untuk 24 jam sepanjang hari ini. Jualan itu dinamakan sebagai Hari Jenama Super Lazada Bersama Xiaomi.

Ini adalah kali pertama Xiaomi mengadakan jualan murah merangkumi enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam selama 24 jam bagi menawarkan harga terbaik kepada pengguna dan pelanggan mereka.



Bermula daripada 12 malam tadi sehingga 11:59 malam ini, anda boleh mendapatkan produk-produk keluaran Xiaomi dengan harga istimewa di kedai Xiaomi di Lazada. Selain harga menarik, pelanggan juga berpeluang menerima pelbagai hadiah istimewa daripada Xiaomi.

Antara produk yang ditawarkan dalam promosi ini termasuklah produk terbaru Poco F1, Mi Robot Builder, Mi A2, Mi Sports Bluetooth Earphones dan Mi Band 2. Bagi anda yang berminat, sila layari stor rasmi Xiaomi di Lazada sekarang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Jenama Super Lazada, anda boleh ikuti laman rasmi mereka di Facebook, Instagram dan Twitter.

 

Sumber